suria

“Jangan buat andaian sendiri” - Fara Hezel hanya merancang nak ada lagu duet dengan Zamani

Fara hanya merancang untuk mengeluarkan single duet bersama Zamani. Foto Instagram: @official_farahezel.

PENYANYI Fara Hezel menjelaskan kolaborasi lagu duet dia dengan penyanyi Zamani masih dalam perancangan sahaja.

Fara, 22, berkata dia sudah lama menjadikan Zamani sebagai idolanya dan memuji semua lagu-lagu nyanyian peserta Gegar Vaganza Musim kelima (Gv5) itu.

"Awak semua, untuk berduet dengan lagenda kita abang @zamanislam_official hanya perancangan sahaja.

"Kalau ada rezeki Fara untuk berduet dengan beliau insyaAllah, sebab memang Fara idolakan lagenda kita ini dari dulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Hezel 'buka mata' lepas dengar komen Siti Nurhaliza


Fara menjelaskan perkara itu menerusi laman Instastorynya.

"Memang kita sedia tahu lagu beliau semuanya memukaukan kita," kata Fara menerusi laman InstaStory miliknya.

Menerusi laporan sebuah portal hiburan, Fara mendedahkan dia bakal mengeluarkan single duet bersama vokalis kumpulan Slam itu.

Kata penyanyi lagu Ku Pasrah ini, pihaknya sudah bertemu dengan syarikat pengurusan Zamani dan mereka bersetuju untuk menjalin kerjasama.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurfaraazira Yusri ini memberitahu tidak salah sekiranya pihak Zamani membenarkan dia bekerjsama dengan penyanyi itu.

Fara minat Zamani dari dulu lagi.

Malah, Fara juga berharap peminat atau netizen tidak membuat andaian sendiri dan tunggu saja kenyataan dari pihaknya.

"Jadi, kamu orang janganlah cepat melatah. Perancangan sahaja. Kalau pihak beliau izinkan Fara untuk berduet apa salahnya.

"Siapa tak nak berduet dengan idola. Jadi, kamu orang tunggu saja dan tolong jangan buat andaian atau apa-apa kenyataan sendiri okey.

"Tunggu saja nanti Fara kemas kini okey semua. Sayang semua," kata kakak kepada penyanyi Aiman Tino.

Fara Hezel, Zamani

Artikel Lain