suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ejek ‘bapa kau hitam’ saya ok, cuma janganlah main bangsa” - Melor Kazar tegur netizen gelar bapa Bangla

Malor akui bukan marah sebaliknya meminta netizen menghormati semua bangsa.

ANAK kepada pelakon Kazar iaitu Melor menjelaskan bahawa tindakannya menegur segelintir netizen menggelar bapanya sebagai Bangla bukan kerana marah atau malu.

Sebaliknya, Malor berkata, teguran itu dibuat supaya netizen menghormati orang lain tanpa mengira bangsa.

"Berikutan kes yang viral macam tak berapa penting tu, lawak pun ada. Ramai pula salah anggap, kita sendiri baca terkejut. Bila pulak kita pandai mengamuk.

"Saya tak marah sesiapa pun cuma saya sedih sekarang anak muda sudah tak ada hormat org tua dan bangsa.

Teguran Melor terhadap netizen yang dianggap keterlaluan.

"Jagalah sensitiviti orang lain. Bangla pun manusia, kita boleh hormat keluarga kita tak kan orang lain kita tak boleh hormat? Jadi hormatlah semua orang tak kira bangsa," ujarnya di Twitter.

Dia mengulas beberapa artikel blog hiburan yang menegur seorang netizen memanggil bapanya Kazar atau Kazaruddin Saisi, 59, sebagai Bangla.

Dalam pada itu Melor berkata, dia tidak marah atau terasa hati berikutan sudah biasa dengan ejekkan rakan-rakan sejak zaman sekolah.

Status yang dimuat naik Melor.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak keterlaluan sehingga mempermainkan bangsa yang boleh dianggap sebagai isu sensitif.

"Ejek 'bapa kau hitam' dari zaman sekolah saya ok jer sebab bapa saya tak putih sama macam saya. Jangan main bangsa tak baik tau," ujarnya.


Kazar

Artikel Lain