suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izara kecewa baju merepek tak sesuai karakter

Izara Aishah kesal baju tidak sesuai.

PELAKON Izara Aishah meluahkan rasa kecewa terhadap pakaian yang disediakan oleh pihak produksi untuk penggambaran sebuah drama.

Kata Izara, baju dan gaya penampilannya dalam drama itu tidak bersesuaian dengan karakter yang dibawakan.

"Merepek-repek stail karakter saya dalam cerita ini. Baju tak kena tempat. Dah tak kuasa nak layan.

"Bila tegur kata diva, saya tak tahu karakter apa yang saya bawa sekarang," ujarnya.

Izara tegur produksi sediakan baju tidak sesuai karakter.

Izara turut memuat naik beberapa foto yang menunjukkan pakaian yang disediakan kepadanya untuk drama berkenaan.

Tambah Izara, apa yang diluahkannya itu bukan strategi pemasaran sebaliknya perkara yang benar terjadi.

"Ini bukan strategi pemasaran, saya tidak murah seperti itu. Ini perkara benar dan ada lagi orang buat kerja macam ni, asal boleh.

"Bila marah kata kita ni artis yang cerewet dan susah nak bekerjasama," ujarnya,

Izara Aishah

Artikel Lain