suria

Dimsum sajikan drama menarik dan dapatkan tayangan percubaan percuma

Goblin antara siri TV menarik Korea dapat diikuti di Dimsum.

PELANGGAN Dimsum kini berpeluang untuk menonton drama-drama baharu yang dibintangi artis-artis popular di Asia termasuk Zhao Ling Ying, Gong Yoo, Lee Dong Wook, Esther Supreeleela, Chantavit Dhanasevi, Ruco Chan dan Linda Chung. 

Bulan November akan menjadi lebih bermakna dengan lebih banyak drama baharu menampilkan artis-artis popular di seluruh Asia menerusi portal perkhidmatan penstriman video, Dimsum.

Peminat drama bersiri Cina boleh menonton drama romantik, yang menampilkan seorang usahawan, Lin Qian yang dilakonkan oleh Zhao Li Ying dan seorang bekas askar yang telah bertukar menjadi seorang ketua syarikat, Li Zhing Cheng lakonan Jin Han dalam Our Glamorous Time pada setiap hari, pukul 12 tengah malam.

Kepada peminat drama bersiri Thailand, mereka boleh menonton drama bersiri Meo Me & You, Devil Angel, The Fake Tootsie, sambil berhibur dengan lakonan Thana Suttikamol dalam The Passionated Love.

Peminat juga boleh menyaksikan drama Club Friday Series 9 yang bakal ditayangkan mengenai satu siri cerita pendek berdasarkan program radio di mana orang ramai menelefon untuk menceritakan kisah mereka.

Bukan itu sahaja, peminat drama Korea juga boleh menonton drama bersiri Goblin lakonan Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eu dan Yoo In Na.

Menarik lagi, Dimsum juga akan menampilkan barisan drama popular Hong Kong, yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Brother's Keeper, The Hippocratic Crush II, On Call 36 II, Beauty At War, Karma Rider dan Overachievers.

Peminat boleh melayari laman web dimsum.asia untuk mendapatkan tayangan percubaan percuma selama 30 hari atau layari akaun Facebook, facebook.com/dimsum.my dan Instagram @dimsum.my untuk maklumat lanjut.

Dimsum

Artikel Lain