suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aiman Tino cemas, lilitan ular sawa terlalu kuat dalam enjin kereta

Aiman terkejut ular lilit enjin kereta.

PENYANYI Aiman Tino melalui detik cemas dan terkejut apabila menyedari seekor ular sawa berada pada enjin kereta yang dipandunya malam Selasa lalu.

Aiman, 20, berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas sistem amaran memberitahu terdapat masalah pada bahagian enjin keretanya.

"Saya bersama kawan-kawan nak balik rumah dan dalam perjalanan itu tiba-tiba amaran pada enjin kereta menyala. Saya berhenti di tepi jalan untuk periksa apa yang berlaku.

"Saya terkejut apabila buka bonet depan ada ular sawa sedang melilit enjin, sudahlah saya pun takut dengan ular," ujarnya kepada mStar Online.

Aiman minta bantuan anggota Bomba keluarkan ular sawa.

Dalam pada itu, Aiman berkata, dia menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan reptilia berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Permata Cinta itu akhirnya menghubungi pihak Bomba terdekat bagi mendapatkan bantuan.

"Saya telefon abang untuk minta bantuan kerana dia berani dengan ular tapi dia pun tidak mampu nak keluarkan kerana lilitan ular itu terlalu kuat.

"Akhirnya kami hubungi Bomba berdekatan untuk bantuan. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan berlaku," ujarnya.

Aiman turut menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati pada musim hujan kerana ia menjadi punca haiwan itu mencari tempat untuk berlindung.

"Ini pengalaman pertama saya dan saya harap orang ramai berhati-hati dan periksa kenderaan dahulu sebelum keluar," ujarnya.

View this post on Instagram

Hujan-hujan ni ada tetamu nak tumpang.

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

Aiman Tino

Artikel Lain