“Dan tiba waktunya untuk berpisah pula” - Nabila Huda - Hiburan | mStar

“Dan tiba waktunya untuk berpisah pula” - Nabila Huda

Nabila dan keluarganya sempat meluangkan masa bercuti di Korea pada penghujung Oktober lalu. Foto Instagram: @kupu_kupu.

PELAKON Nabila Huda gemar berkongsi aktiviti harian dia bersama suami dan anaknya di laman Instagram dan sentiasa menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini Nabila sekeluarga dilihat banyak menghabiskan masa bersama dengan menikmati percutian di Korea Selatan dan Sabah.

Kata Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 33, percutian mereka sudah pun tamat dan tiba masanya untuk berpisah buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Naik gunung tak kelakar…” Nabila Huda gagal tawan puncak Kinabalu


Nabila akan ke Itali sehingga Disember.

Menurutnya, dia bakal terbang ke Itali sehingga bulan Disember manakala Keisha Laila, 8, akan tinggal bersama bekas suaminya, Eddie sepanjang cuti sekolah.

"Tamat sudah percutian kita. Kami sangat seronok. Dari Korea ke Sabah kami pergi. Dan tiba waktunya untuk berpisah pula.

"Maaf sedikit emosi hari ini. Selepas ni tiada lagi drama, gaduh atau gelak ketawa kami bersama untuk sementara waktu.

"Keisha akan bersama daddy sepanjang cuti sekolah dia dan mummy pula akan berangkat ke Itali sampai Disember," katanya menerusi laman Instagram.

Pada 25 Oktober lalu, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar ke Korea Selatan untuk melihat anaknya Keisha Laila, 8, beraksi sebagai ahli gimnastik.

Nabila, suami dan anaknya menikmati percutian di Sabah.

Alang-alang berada di sana, mereka sempat juga meluangkan masa bercuti selama beberapa hari.

Selepas Korea, Nabila dan suami serta anaknya menyambung percutian mereka di Sabah pula selama satu minggu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri KL Gangster Underworld ini memberitahu dia akan merindui dan sentiasa menyayangi anaknya.

"Saya akan merindui awak sangat babygirl! AWak tahu saya sentiasa dan selalu menyayangi awak,"ujarnya.

Nabila Huda , Keisha Laila

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?