suria

“Kami masih bersama, takut orang tak suka cakap asyik ‘promote’ suami” – Linda Rafar

Netizen persoal mengapa Linda jarang muat naik gambar bersama suami di laman Instagram. Foto Instagram @lindarafar

PENYANYI Linda Rafar sering menerima pertanyaan daripada pengikut di laman sosial mengenai status rumahtangganya dengan pelakon, Syed Aiman.

Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, ramai yang bertanya mengenai perkara itu kerana mereka berdua dilihat jarang memuat naik foto bersama di media sosial.

"Kenapa saya jarang post picture suami? Banyak betul soalan netizen bila tengok Linda kurang post gambar dan video live bersama suami.

ARTIKEL BERKAITAN:  Jangan persoal kurniaan Allah - Linda Rafar

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula kutuk, lepas tu goda... Memang wajar Linda Rafar bengang

Linda bersama empat orang anak lelakinya.

"Sebenarnya, suami saya kurang suka gambar dia dimuat naik di mana-mana media sosial. Kita pun kurang suka nak post selalu foto suami takut ada orang yang tak suka dan cakap asyik promote suami dia je," katanya.

Ahli kumpulan Elite ini menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagramnya pada Selasa.

Dalam pada itu, bekas perserta program Gegar Vaganza musim kelima ini memaklumkan dia lebih selesa berkongsi foto anak-anak dan hal berkaitan aktiviti seni.

Linda memberikan penjelasan di laman Instagram.

"Saya lagi suka kongsi foto anak dan aktiviti serta kerjaya. Harap lepas ni puas la hati netizen yang asyik tanya pasal suami saya.

"Saya dan suami masih bersama.. Insya-Allah hingga ke syurga!," katanya.

Terdahulu, Linda melalui dua kali alam rumah tangga di mana menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).

Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 10, Syed Rezariiq, 7, dan Syed Rezaliif, 2 tahun.

Linda Rafar, Syed Aiman

Artikel Lain