suria

Zamani mengaku berasa malu, terima pemilihan ke final GV5 dipersoalkan

Zamani mara ke peringkat akhir program Gegar Vaganza musim kelima.

PENYANYI Zamani memberitahu dia hampir berputus asa dan berasa malu apabila persembahannya menerusi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima bermasalah.

Zamani memberitahu dia sedar akan ada pihak yang mempertikaikan pemilihannya ke peringkat final kerana kegagalannya mengadakan persembahan dengan baik namun akan menerima semua pendapat berhubung perkara itu.

"Ketika persembahan itu, ear piece saya tidak berfungsi dengan baik dan apabila lagu mula saya tidak boleh agak untuk mula menyanyi kerana tidak dapat mendengar.

"Jujurnya lepas lagu pertama itu saya dah putus asa, berasa malu.. Saya sudah menjangkakan tidak akan masuk ke final tetapi rezeki saya dapat ke peringkat seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani lupa lirik ke final GV5, Forteen, Hetty Sarlene tersingkir

Antara komen netizen di Twitter.

"Kalau ada pihak yang ingin persoalkan... Memang patut pun dan saya sedia terima semua pendapat tetapi gunakanlah saluran yang betul dan hormat keputusan juri," katanya.

Keputusan juri profesional memilih Zamani ke peringkat akhir mendapat reaksi bercampur-baur daripada peminat program popular itu.

Ramai di antara mereka merasakan vokalis kumpulan Slam itu tidak layak ke final kerana Zamani gagal menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Rata-rata merasakan nyanyiannya pada malam itu kedengaran sumbang selain Zamani banyak lupa lirik yang mencacatkan persembahannya.

Hetty Sarlene.

Malah Datuk Ramli MS juga dilihat kecewa dan enggan memberikan sebarang komen selepas Zamani selesai membuat persembahan.

"Adakah saya satu-satunya yang merasakan Zamani tidak layak untuk ke final? Forteen lebih baik daripadanya hari ini. Ini bukan sebab anda seorang lagenda, ini adalah pertandingan. Zamani tidak mengadakan persembahan yang baik malam ini.

"Zamani nampak keliru di ataa pentas ketika menyanyikan Dekat Padamu. Persembahan itu bukanlah terlalu teruk (lagu kedua lebih baik). Tapi saya rasa ia tidak adil Tok Ram enggan memberikan sebarang komen.

Lagu pertama off key, lupa lirik. Lagu kedua best. Tapi masih masuk final juga. Markah lagu kedua 100 peratus barangkali," antara komen peminat program itu di Twitter.

Antara komen terhadap persembahan Zamani.

Bagaimanapun ramai turut merasakan Zamani tetap layak ke final kerana persembahan keduanya menerusi lagu Di Matamu (Sufian Suhaimi) telah menebus kesilapannya pada lagu pertama.

Malah persembahan kedua itu turut mendapat pujian juri profesional yang mengadilinya pada pertandingan itu.

"Zamani sudah melakukan yang terbaik buat lagu kedua. Jangan bimbang Zamani kami tetap akan menyokong anda. Legend tu!

"Saya rasa Zamani telah menebus kesilapannya. Dia menyanyikan Di Matamu dengan perasaan dan dari hati, saya dah single lapan tahun ni pun rasa macam ditinggalkan oleh kekasih yang tidak wujud! Zamani menyanyikan dengan baik sekali," tulisnya netizen lagi.

Forteen.

Impian penyanyi Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen untuk mara ke final terhenti apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir program itu yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Selain Zamani, lima lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Amelina, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Noryn Aziz dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza 5, Zamani

Artikel Lain