suria

Boleh selesai luar mahkamah tapi kena bincang - Scha Alyahya

Scha dan suaminya hanya ingin menuntut hak mereka. Foto: NORAFIFI EHSAN.

PASANGAN selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari terbuka sekiranya syarikat tekstil ingin menyelesaikan masalah antara mereka tanpa perlu melalui proses mahkamah.

Scha, 35, berkata mereka perlu berbincang terlebih dahulu dengan peguam memandangkan nama syarikat pembekal tekstil itu antara yang dikenali dalam bidang perniagaan.

"Saya dan Awal terbuka sekiranya pihak mereka mahu menyelesaikan perkara ini secara luar tanpa memerlukan proses mahkamah.

"Sebab kami pun kenal satu sama lain dan mereka juga adalah nama yang besar dalam bidang perniagaan.

"Mereka ada bertanya mengenai perkara itu tapi apa-apa pun kami kena berbincang terlebih dahulu dengan peguam," katanya kepada mStar Online.


Scha dan Awal membuat tuntutan terhadap syarikat D'Haja pada Selasa.

Scha ditemui ketika sidang media memperkenalkan 12 Dewi Remaja 2018/2019 di Hard Rock Cafe, di sini pada Rabu lalu.

Pada Selasa lalu, Awal dan Scha membuat tuntutan RM345,305 terhadap syarikat tersebut yang didakwa melanggar perjanjian pengedaran kedua minyak wangi ekslusif mereka iaitu Blue dan Maroon.

Pasangan suami-isteri itu telah memfailkan saman terhadap D'Haja (M) Sdn Bhd bagi menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan mereka pada 30 April lalu.

Dalam pada itu, tindakan Scha dan suaminya terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana pelanggaran kontrak yang dilakukan pihak tersebut sudah terjadi selama dua tahun.

Scha terbuka sekiranya pihak syarikat tersebut ingin menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah.

Menurut Scha, mereka membuat tuntutan tersebut kerana ingin meminta semula hak mereka tanpa perlu membayar ganti rugi yang tidak sepatutnya.

"Memang saya dan Awal membuat tuntutan ganti rugi disebabkan mereka tidak mengikut terma kontrak antara kedua-dua belah pihak.

"Kami bedua terpaksa ambil tindakan tersebut sebab perkara ini sudah terjadi dua tahun. Jadi, saya dan Awal terpaksa membawa ia ke mahkamah.

"Tapi tuntutan yang kami buat ini hanya untuk meminta hak-hak kami sahaja. Apa yang perlu mereka bayar, tak ada ganti rugi yang tidak sepatutnya," ujarnya.

Scha Alyahya, Awal Ashaari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain