Betul ke duit buat Alif Satar jadi ‘handsome’? Ini komennya! - Hiburan | mStar

Betul ke duit buat Alif Satar jadi ‘handsome’? Ini komennya!

Bukan duit yang menentukan perubahan manusia. Foto Instagram @alifsatar

PENYANYI Alif Satar menyangkal dakwaan kononnya wang mampu mengubah penampilan dan personaliti seseorang individu.

Dalam hal ini, Alif, 27, berkata duit tidak menjamin perubahan diri seseorang, sebaliknya keyakinan dan sikap positif yang akan membantu meningkatkan personaliti manusia.

"Ramai yang komen 'kau bukan tak handsome, cuma kau tak ada duit!'. Saya nak beritahu anda ya, duit mungkin hanya membantu 10 peratus sahaja.

"Sepanjang membesar, ada fasa di mana segala-galanya mengelirukan, tak tahu macam mana nak bergaya (saya pun masih mencari imej itu), jerawat di sana-sini (masih ada lagi), gigi tidak siap lagi, rasa rendah diri dan macam-macam lagi.

Tweet ini tular di laman Twitter.

"Sebenarnya, bukan wang yang membantu anda menjadi lebih baik, tetapi apa yang menggerakkan kamu dan hubungan dengan Tuhan. Kamu akan berubah menjadi lebih baik dan itu faktor sebenar yang menentukan siapa anda," katanya.

Alif mengulas mengenai fotonya ketika berusia 16 tahun yang tular di laman Twitter pada Selasa lalu.

Ada netizen beranggapan, wajah dan penampilan Alif berubah disebabkan oleh faktor kemampuan wang yang membantu menjadikannya lebih kacak.

Alif berkongsi pandangan di Instagram.

Sementara itu, Alif turut menasihati peminatnya supaya tidak berputus asa dan sentiasa mencari kekuatan diri supaya hidup lebih positif.

"Kepada semua yang melalui apa yang berlaku kepada saya ketika usia tersebut, jangan putus ada.

"Cari kekuatan diri, ketenangan dan kebahagian dalam hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.

"Saya doakan semoga setiap orang melalui perubahan positif... sama seperti saya," katanya.

Alif Satar

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain