suria

Izzue Islam mengaku punyai kelemahan vokal

Izzue akan bekerja keras memperbaiki kelemahannya. Foto Instagram: @izzueislam.

PENYANYI Izzue Islam mengakui dia antara yang lemah daripada segi vokal dalam kalangan anggota kumpulannya, Forteen.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, berkata dia perlu bekerja lebih keras berbanding ahli yang lain iaitu One, Ariz dan Amer.

"Sejujurnya saya akui memang ada kelemahan dari segi vokal berbanding dengan ahli kumpulan Forteen yang lain.

"Apabila empat orang menyanyi dalam satu lagu memang kita akan nampak perbezaan dari segi tenaga dan ton suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu video lucah Ameer punca Forteen dapat markah corot?


Izzue menyedari dia lemah dari segi vokal.

"Jadi, untuk nak sesuaikan itu maknanya saya perlu kerja keras lagi daripada mereka bertiga," kata Izzue kepada mStar Online.

Dalam persaingan minggu kelima Konsert Geger Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung pada Ahad lalu, juri tetap Datuk Ramli MS berkata Izzue dan Amer mempunyai vokal yang lemah berbanding yang lain.

Forteen yang menyampaikan lagu nyanyian asal Black Dog Bone, Hatiku Luka Lagi mendapat kedudukan keempat dan melayakkan mereka meneruskan persembahan pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini tidak terasa hati dengan kritikan juri tetap program tersebut.

Forteen tampil dengan konsep berbeza pada minggu kelima konsert GV5.

Malah, Izzue mengambil kritikan itu sebagai positif untuk dia lebih berusaha dan memperbaiki kelemahannya.

"Sebenarnya saya tak terasa hati pun. Dalam pertandingan, tak boleh ada perasaan nak 'sentap' atau kecil hati.

"Nanti boleh merosakkan fokus dan pemikiran kita lagi bertambah negatif. Ia seperti virus yang tidak baik.

"Tapi saya terima semua kritikan nak jadikan positif. Bukan hanya sekadar tepis komen negatif tapi saya kena perbaiki kelemahan itu," ujarnya.

Konsert GV5 minggu keenam bakal menyaksikan persembahan daripada Forteen menerusi lagu penyanyi asal Datuk S.M Salim dan Zainal Abidin berjudul Satu.

Izzue Islam, Forteen

Artikel Lain