suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yusuf Iskandar bakal dapat adik, Hanis Zalikha hamil lagi

Hairul dan keluarga kini berada di Tokyo, Jepun. Foto Instagram @hairulazreen

PELAKON filem Paskal, Hairul Azreen mengumumkan dia dan isteri, Hanis Zalikha bakal menimang cahaya mata kedua.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Khamis.

"Alhamdulillah... Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah," tulisnya.

Bagaimanapun, usaha mStar Online untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut tidak berjaya kerana pasangan itu kini berada di Tokyo, Jepun.

Hairul kongsi berita gembira di Instagram.

Sementara itu, ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Antara artis yang turut teruja dengan berita gembira itu ialah Janna Nick, Gambit Saifullah, Nad Zainal, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.

Malah, ada segelintir peminat yang menganggap pasangan itu mendapat rezeki berganda selepas kejayaan filem Paskal.

Filem tersebut berjaya mengutip RM26.1 juta selepas 28 hari tayangan dan masih ditayangkan di pawagam.

Hairul berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Artikel Lain