“Saya bukan suami sempurna” – Ucapan Zaquan untuk Ayu Raudhah buat ramai tersentuh - Hiburan | mStar

“Saya bukan suami sempurna” – Ucapan Zaquan untuk Ayu Raudhah buat ramai tersentuh

Pasangan romantis Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Foto Instagram @ayuraudhah_7

SUAMI kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak menulis sesuatu kepada isteri dan anak-anaknya yang disifatkan netizen cukup istimewa.

Pemain bola sepak Kuala Lumpur itu berjanji untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah sebaik mungkin.

"Saya bukan suami sempurna, saya bukan daddy yang sempurna tapi saya cuba buat sehabis mampu sebab saya tahu itu adalah tanggungjawab seorang suami dan daddy untuk membahagiakan kamu semua," tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Raudhah hamil anak keempat

Ucapan romantis Zaquan itu menerima lebih 20,000 tanda suka dan mendapat pujian pengikutnya di laman tersebut.

Pasangan ini menulis kata-kata cinta di laman Instagram.

Sementara itu, Ayu pula menerusi akaun miliknya bersyukur dan menganggap suaminya itu merupakan anugerah terindah daripada Allah.

"Suami saya adalah hadiah terhebat daripada Allah, kasih sayangnya merupakan hadiah yang saya terima setiap hari," tulis Ayu pula.

Rata-rata pengikut kedua-dua selebriti ini mengakui turut tersentuh melihat pasangan ini menjalinkan hubungan mesra sebagai suami dan isteri.

"Sweetnya. Semoga murah rezeki dan bahagia hingga Jannah," komen Mhd.zqn.

Foto percutian mereka sekeluarga di Bali, baru-baru ini.

"Tiada yang sempurna tetapi kita boleh buat yang terbaik, semoga Allah merahmati kamu sekeluarga," kata Nur Aisyah.

Pada 19 September lalu, Ayu mengumumkan bakal menerima cahaya mata keempat setelah dirinya disahkan hamil 19 minggu.

Ayu dan Zaquan berkahwin di Alor Setar, Kedah pada pada 21 Januari 2011.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata comel iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zuleykha, setahun.

Ayu Raudhah , Zaquan Adha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain