suria

Hanis Zalikha bawa Yusuf keluar panggung bimbang ganggu penonton

Hanis bawa anak keluar panggung bimbang ganggu tumpuan penonton lain. Foto Instagram @haniszalikha

BIMBANG anaknya mengganggu tumpuan penonton di pawagam, pelakon Hanis Zalikha mempunyai cara tersendiri menguruskan Yusuf Iskandar.

Tindakan pelakon berusia 27 tahun itu menerima pujian netizen kerana dianggap menghormati orang sekeliling daripada terganggu dengan kerenah dan ragam kanak-kanak tersebut.

Menerusi perkongsian di Instastory, isteri kepada aktor Hairul Azreen ini berkongsi foto memperlihatkan Yusuf sedang bermain-main di sebuah kedai permainan kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Cakap Apa Pun, Cakaplah” – Hanis Zalikha

ARTIKEL BERKAITAN: Hanis Zalikha dikecam tinggalkan anak untuk bercuti

Menurut Haniz, dia membawa anaknya keluar daripada pawagam kerana tidak mahu menganggu konsentrasi penonton lain.

Pengguna laman Twitter memuji tindakan Hanis.

"Baru separuh filem, Yusuf sudah mula bising. Saya bawa dia keluar kerana tak mahu ganggu penonton lain.

"Jadi di sinilah kami melepak," tulisnya.

Foto tersebut di muat naik semula oleh peminat di laman Twitter dan menerima pujian netizen yang turut bersetuju dengan tindakan Hanis itu.

Hanis kerap berkongsi ilmu pengurusan anak di laman sosial miliknya.

"Ini cara yang betul ya mak-mak sekalian," tulis Mvralvyana.

"Tindakan yang bagus, Hanis Zalikha sangat bertimbang rasa," komen Rzny.

"Contohilah cara Hanis ni, yang tak nak ikut tu eloklah masukkan balik anak dalam perut tu," kata Wallflower pula.

Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar

Artikel Lain