Peserta mualaf cipta sejarah juarai Da'i Musim Keenam - Hiburan | mStar

Peserta mualaf cipta sejarah juarai Da'i Musim Keenam

Muhammad Adam Muhibullah Abdullah muncul sebagai juara program Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam. Foto SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Peserta mualaf berasal dari Ranau, Sabah iaitu Muhammad Adam Muhibullah Abdullah muncul sebagai juara program Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam yang berlangsung pada malam Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan Adam, 26, membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000 berserta pakej mengerjakan Umrah untuk dua orang berserta trofi.

Penuntut tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Sumber Insan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) itu juga turut membawa pulang trofi Da'i Pilihan Almas yang membolehkan memenangi wang tunai RM2,000 berserta produk Almas bernilai RM2,000 berserta trofi.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Imran Mohd Zaki, 21, manakala Haziq Safwan Norzaman, 22, ditempat ketiga.

Zaki membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej mengerjakan Umrah untuk seorang berserta trofi manakala Haziq menerima hadiah RM12,000 berserta produk Almas bernilai RM2,000.

Pakej Umrah adalah tajaan Almas Beauty & Health Sdn Bhd manakala wang tunai dan trofi sumbangan TV3.

Sementara itu, Adam ketika ditemui memberitahu tidak menyangka akan bergelar juara kerana merasakan pesaingnya, Imran akan memenangi pertandingan berbentuk dakwah itu.

Tiga peserta akhir bersama hadiah kemenangan masing-masing.

"Sejujurnya saya langsung tidak menyangka akan mendapat kemenangan ini kerana merasakan Imran akan bergelar juara.

"Tetapi Alhamdulillah, ia rezeki saya dan Insya-Allah saya akan gunakan kemenangan ini dengan sebaik-baiknya," katanya kepada mStar Online.

Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, Adam yang juga dari suku kaum Kadazan-Dusun itu memberitahu dia akan terus memberi inspirasi kepada mualaf di luar sana agar terus mendalami Islam dengan lebih baik.

Selain itu, dia akan memberi fokus kepada pengajiannya di KUIS yang berbaki satu semester lagi.

"Saya sebenarnya sudah lama ingin mengetengahkan topik mengenai mualaf dan Alhamdulillah menerusi program ini saya dapat berbuat demikian.

"Insya-Allah saya sendiri sebagai seorang mualaf, akan terus berdakwah kepada rakan-rakan seperti saya dalam memberi motivasi dan inspirasi dalam terus mendalami dan mengangkat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Adam memberitahu dia berhasrat untuk membawa ibunya, Nurshahwanie Abdullah yang juga seorang mualaf untuk mengerjakan Umrah selain seorang rakan baiknya.

"Sepanjang 26 tahun malam ini baru kali keempat saya bertemu dengan ibu kerana saya tinggal bersama bapa selepas mereka bercerai.

"Wang kemenangan ini saya mahu berikan sebahagian kepadanya dan pakej Umrah yang saya menangi, saya mahu bawa ibu dan seorang sahabat bersama," katanya.

Adam , Da'i

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?