Berbaloi korbankan waktu tidur, Daiyan Trisha graduan anugerah Dekan!

Daiyan tamatkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan keputusan yang baik.

PENYANYI Daiyan Trisha berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang pentadbiran perniagaan dengan baik biarpun tidak menghadiri kuliah selama sebulan.

Daiyan, 24, berkata dia mampu mendapat keputusan yang bagus dengan mengambil banyak subjek pelajaran dan mengorbankan waktu malamnya.

"Tak pergi kuliah sepanjang bulan (dengan izin) untuk penggambaran filem Busker. Saya siapkan tugasan kuliah pada waktu malam selepas selesai penggambaran.

"Jalani latihan perindustrian di Levi's sementara jadi duta Levi's, ambil enam,tujuh subjek dalam satu semester supaya saya dapat menamatkan pelajaran dengan cepat.

Daiyan kongsi pengalaman bekerja sambil belajar.

"Belajar di waktu malam untuk peperiksaan selepas seharian penuh dengan fotografi, tidur dalam kelas sebab jet-lagged balik dari kerja luar," kata Daiyan.

Daiyan turut memuat naik foto dia berpakaian jubah konvokesyen di laman Instagramnya.

Pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini menamatkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Infrastructure University Kuala Lumpur.

Kata penyanyi lagu Langit ini, biarpun dia pernah hampir berputus asa, namun masih menyimpan cita-cita tinggi untuk skor A dalam setiap kelas.

Ahli keluarga Daiyan sentiasa menyokongnya.

Bagi Daiyan, untuk mencapai matlamat, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh dan memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap apa yang dilakukan.

"Saya pernah putus asa beberapa kali. Ia sangat gila! Walaupun begitu, saya masih bercita-cita tinggi untuk dapatkan skor A dalam semua kelas.

"Datang lambat pun masih dengan muka tak malu duduk di barisan depan supaya dapat fokus. Alhamdulillah saya masih dalam senarai Dekan setiap semester.

"Saya rasa, selagi anda bersungguh-sungguh dan komited untuk mencapai matlamat, tiada apa yang anda tidak boleh lakukan," ujarnya.

Daiyan Trisha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19