suria

Adam Corrie bersyukur isteri tidak perlu dibedah

Adam bersyukur isterinya tidak perlu dibedah untuk bersalin. Foto Instagram: @adamcorrie.

PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad tidak perlu menjalani pembedahan untuk bersalin.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata bayi mereka akan lahir tidak cukup bulan jika isterinya terpaksa bersalin awal dari tarikh yang dijangka.

"Alhamdulillah isteri saya tak jadi bedah untuk bersalin setelah doktor pantau kesihatan 'bidadari' di hospital.

"Kalau bidadari saya bersalin semalam, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari saya dan baby Lee," tulisnya.

Adam memuat naik status tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Adam memberitahu keadaan isterinya menerusi laman Instagram miliknya.

Tambah Adam lagi, doktor menasihati isterinya untuk berehat dan tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengawal tekanan darah tinggi.

Pelakon KL Gangster ini turut memohon maaf bagi pihak Fazema kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana isterinya perlu masa untuk berehat.

"Doktor nasihatkan banyakkan berehat. Tak boleh keluar rumah supaya darah tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak.

"Baby Lee nak bermanja lagi dalam rahim mak tu. Saya wakil bidadari saya ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya, beliau tak dapat menjawab sebarang panggilan.

Bayi mereka dijangka lahir pada bulan Julai.

"Telefon pintar dia silent. Perlukan masa untuk diri sendiri berehat," ujarnya.

Rata-rata pengikut Adam di laman sosial itu mendoakan agar segala urusan keluarganya berjalan dengan baik.

Selain itu, Adam juga menegaskan dia berhak untuk memadam komen dan menyekat siapa sahaja yang tidak menjaga adab.

"Ini Instagram saya, saya berhak untuk padam komen dan sekat sesiapa sahaja yang tidak menjaga adab. Terima kasih," katanya.

Adam dan Fazema, 40, berkahwin pada 2008 dan cahaya mata sulung mereka dijangka lahir pada bulan ini.

Adam Corrie

Artikel Berikut

Artikel Lain