Aishah ucap selamat tinggal dunia politik - Hiburan | mStar

Aishah ucap selamat tinggal dunia politik

Aishah memberitahu ingin memberi fokus kepada karier seninya. Foto Instagram @aishahjmm

PETALING JAYA: Penyanyi Janji Manis Mu iaitu Aishah mengumumkan meninggalkan bidang politik bagi menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap karier nyanyian.

Aishah memberitahu selepas ini dia hanya akan menjadi pemerhati dan pengundi sahaja seperti mana orang lain.

"Dulu bermula dari bidang seni sekarang kembali fokus kepada bidang ini.

"Selamat tinggal politik, dari saat ini I  seperti orang lain menjadi pemerhati dan pengundi sahaja," katanya seperti diumumkan di Instagram miliknya pada Isnin.

Penglibatan Aishah dalam bidang politik apabila dia menjadi ahli PAS.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 2013, Aishah bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti itu bagi menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada Barisan Nasional (BN).

Aishah akan tetap menjadi pemerhati dan pengundi. 

Bagaimanapun Aishah gagal merebut kerusi itu apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.

Selepas itu, Aishah meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan giat mempromosikan aktiviti dan ceramah bawah Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, pengikutnya di Instagram rata-rata menyokong keputusannya itu dan menyifatkan ia adalah yang terbaik buatnya.

Dalam perkembangan lain, Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza musim keempat bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Malar hasil ciptaan Hazami.

Malar bakal diperdengarkan buat kali pertama pada konsert Pesta Raya 2018 Dua Diva bersama Liza Hanim di Dewan Espelanade Singapura 13 Julai ini.

Aishah , Janji Manis Mu

Artikel Sebelum

Bantu Bront Palarae kumpul RM2 juta

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain