“Tak terasa... hubungan saya dengan Janna Nick okey” - Ayda Jebat - Hiburan | mStar

“Tak terasa... hubungan saya dengan Janna Nick okey” - Ayda Jebat

Ayda Jebat menjelaskan hubungannya dengan Janna Nick tiada sebarang masalah.

KUALA LUMPUR: Pelakon Ayda Jebat tidak terasa apabila namanya dikaitkan oleh netizen sebagai individu di sebalik pendedahan aktres Janna Nick yang mendakwa ada selebriti bersikap 'plastik' semata-mata untuk mendekatinya.

Ayda sebaliknya menjelaskan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai pendedahan Janna itu malah menegaskan hubungan mereka tiada sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nampak diri dia tu plastik” – Janna Nick

"Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu sama ada perlu terasa atau tidak kerana saya tiada kaitan apa-apa kalau orang mengatakan dia bercakap tentang saya.

Ayda memberitahu tidak tahu menahu mengenai luahan Janna.

"Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja," katanya.

Ayda ditemui pada majlis Previeu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima pada malam Rabu.

Netizen mengaitkan Ayda ekoran dia membuat kemunculan dalam program Melodi pada Ahad lalu sebelum Janna memuat naik luahannya di InstaStory pada sebelah malam hari sama.

Janna bagaimanapun tidak pernah menyebut nama sesiapa dan tidak akan mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan.

Luahan Janna di InstaStory.

Dalam pada itu, Ayda berkata, ketika membuat kemunculan di Melodi mereka berinteraksi seperti biasa dan tiada sebarang masalah timbul.

Malah kata Ayda, mereka sempat berbincang mengenai produk telefon yang diwakilinya untuk dipromosi dalam program itu memandangkan Janna juga adalah duta untuk jenama lain.

"Semasa di Melodi pun kami seperti biasa sahaja malah sempat buat latihan disebabkan saya perlu mempromosikan jenama telefon yang saya wakili.

Barisan selebriti yang hadir pada Previev Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima.

"Janna pula tidak boleh mempromosikan jenama itu kerana dia adalah duta untuk jenama lain jadi kami buat latihan agar keadaan tidak kekok ketika siaran langsung.

"Semuanya berjalan seperti biasa sahaja. Sebelum ini pun saya pernah lima ke tujuh kali bertemu dengannya termasuk di rumah penerbit, Sheila Rusly.

"Kami pernah makan bersama malah Janna juga pernah datang ke set penggambaran saya dan saya pun pernah buat perkara sama," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ayda bakal muncul dengan drama berjudul Di Penghujung Sujud bergandingan dengan Wan Maimunah, Redza Rosli dan Fezrul Khan pada hari raya pertama nanti, 2 petang di TV3.

Ayda Jebat , Janna Nick

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain