suria

Shuk akui cabaran FB Live, banyak pemanggil seperti 'Azrul'

Shuk mengendalikan segmen Pagi Hot.

PELAWAK dan pengacara Shuk (Balas) mengakui berhadapan cabaran mengendalikan program yang bersiaran secara langsung di radio mahupun melalui media sosial.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 31, yang juga penyampai di Hot FMmemberitahu kebiasaan segmen yang memerlukan dia berborak dengan pemanggil akan dirakam terlebih dahulu.

“Ramai pemanggil yang terlepas cakap tapi kami buat rakaman dahulu terutama segmen berborak dengan mereka.

“Mereka tidak tahu garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh disiarkan. Kebanyakkan jika ada live di Facebook melibatkan segmen yang tidak melibatkan penonton,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Faktor teknikal punca Faizal Ismail gagal sekat soalan 'panas' buat Nurul Izzah


Shuk diminta mengulas kontroversi pemanggil bernama Azrul yang mengeluarkan kata-kata berbaur gangguan seksual terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah.

Kejadian itu berlaku dalam satu temuramah bersama Faizal Ismail dan Farah Fauzana menerusi program FBI Live di Facebook minggu lalu.

Sementara itu, Shuk yang terkenal dengan lawak-lawak lucah dan “double meaning” mengakui dibantu oleh dua rakan penyampai berpengalaman.

“Perlu banyak berhati-hati, biasanya jika berborak hampir terlepas kata, Ajak dan Fizie akan cepat-cepat potong,” ujarnya.

Shuk mengendalikan segmen Pagi Hot setiap Isnin hingga Jumaat bersama Ajak dan Fizie.

Dalam pada itu, Shuk yang mengendalikan program FB Live di program nyanyi Gegar Vaganza memberitahu ia dilewatkan lima minit.

Katanya perkara itu dibuat bagi menapis perkataan yang dirasakan tidak sesuai untuk ditonton umum.

“Saya ada kendalikan FB live untuk program realiti tapi itu pun dilewatkan lima minit. Mereka akan tapis dan ‘mute’ kan kata-kata yang tidak sesuai,” katanya.

Shuk Balas

Artikel Lain