Arwah Rafly buat Bienda menangis dan ketawa - Hiburan | mStar

Arwah Rafly buat Bienda menangis dan ketawa

Bienda dan Rafly pernah bersiaran bersama di radio Manis FM pada dua tahun lalu. Foto Instagram: @biendalavienda.

BERITA bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat yang meninggal dunia beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa Sabtu lalu mengejutkan ramai pihak.

Malah, pemergian Rafly turut dirasai oleh penyanyi Bienda yang sebelum ini pernah bersiaran bersamanya di radio Manis FM pada dua tahun lalu.

Bienda meluahkan rasa sedih dan berkongsi pengalaman bekerja bersama Allahyarham menerusi laman Instagramnya.

Kata Bienda, dia sudah menganggap Rafly seperti adik sendiri dan tempat untuknya mengadu masalah.

"Peneman setia. Insan yang paling banyak buat saya tertawa dan menangis sepanjang kami bersiaran di radio hampir dua tahun lalu.

Antara pengkongsian Bienda mengenai Allahyarham.

"Seperti kakak-kakak yang lain, menjadi tempat mengadu, merajuk dan menahan telinga mendengar bebelan kakak," tulis Bienda.

Penyanyi lagu Jaga Hati ini turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama Rafly di laman sosialnya.

Tambah Bienda lagi, dia sudah memaafkan Allahyarham atas apa yang berlaku antara mereka dan menghalalkan segalanya.

"Namun setiap yang berlaku di antara kita telah aku maafkan segalanya. Telah aku halalkan segalanya untukmu.

"Insya-Allah doa aku pula yang akan mengiringimu. Jazakumullahu Khair Semuanya yang sama-sama mendoakan, mengucapkan takziah," katanya.

Bienda sudah menganggap Rafly seperti adiknya.

Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini turut memohon agar semua orang mendoakan seluruh keluarga arwah terutama ibunya diberi kekuatan dan tabah menghadapi dugaan.

Rafly menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman keluarganya di Kuantan, Pahang pukul 7.10 malam Sabtu selepas keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Dia dipercayai menghidap penyakit misteri.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan sebelum solat Zohor pada Ahad di kampung halaman di Felda Kuantan.

Rafly Rahamat , Bienda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah