suria

Imej Berjubah Zul Ariffin Selepas 'Hilang'

Zul Ariffin mengaktifkan semula Instagramnya. Foto Instagram: @zul_ariffin

SETELAH hampir sebulan menyahaktifkan laman sosial Instagramnya, pelakon Zul Ariffin kembali membuka laman tersebut pada Selasa dengan memakai jubah dan penutup kepala iaitu ghutra.

Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik itu, Zul, 31, menulis ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan dia dan arwah ibunya, Robiah Nasir.

"Assalamualaikum... Mewakili keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan tanda ingatan.

Posting terbaharu Zul Ariffin di Instagram miliknya.

"Saya minta maaf tidak dapat membalas semua mesej, anggaplah ini sebagai tanda terima kasih diatas ingatan kalian kepada ibu kami, Hajah Robiah Nasir. Terima kasih kerana mengambil berat," tulisnya.

Ibunya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu.

Instagram kelab peminat Zul Ariffin FC memaklumkan mengenai berita ibu pelakon tersebut meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Foto terbaharu di Instagram itu yang memperlihatkan Zul lengkap berpakaian jubah dipercayai berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sehingga kini, gambar tersebut menerima lebih 60,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen daripada pengikut.

Zul mempunyai 1.8 juta pengikut di laman Instagram itu.

Gambar terkini yang dimuat naik di Instagram kelab peminat.

"Harap awak baik-baik sahaja!! Kami rindukan awak, Zul Ariffin. Tolong jangan hilangkan diri lagi daripada laman sosial lagi dan salam takziah atas pemergian ibu tercinta," komen noraisyah_bahar.

"Waalaikumsalam... Selamat kembali bos @zul_ariffin dengan semangat baru yang lebih baik. InsyaAllah, selamat bercuti," kata _rara_y.

"Alhamdullillah... semoga dipermudahkan segala urusanmu. Semoga ibumu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman," tulis seri_ifa pula.

Zul Ariffin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain