suria

Niat Tu Tahun Depan - Zizan Razak

PELAKON dan pelawak Zizan Razak tidak meletakkan perkahwinan sebagai agenda utamanya sebagai azam bersempena kedatangan tahun 2018 tidak lama lagi.

Zizan, 33, sebaliknya berkata hasratnya cuma satu iaitu ingin memantapkan namanya sebagai pelakon selain memberi fokus dalam mencapai sasaran itu.

"Buat masa ini apa yang saya tengok fokus kepada kerjaya adalah paling baik," katanya ringkas.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan aktres Mira Filzah namun kedua-dua selebriti terkenal itu memberitahu hubungan mereka sekadar kawan.

Dalam pada itu, Zizan berkata, ia bukan bererti dia menolak ke tepi soal jodoh malah ada memasang niat untuk membina keluarganya sendiri.

Zizan Razak.

Bagaimanapun kata Zizan, seperti jawapannya sebelum ini dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Tuhan dan rezeki.

"Niat tu tahun depan, Insya-Allah kalau ada rezeki tetapi pasal tu saya tidak tahu.

"Bunyinya memang klise tetapi doakan sahaja yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia kini sibuk menghabiskan baki penggambaran filem Polis Evo 2.

Kongsi mengenai perancangan kariernya pada 2018, Zizan memberitahu dia akan tampil dalam beberapa filem termasuk Abang Long Fadil 3 dan sebuah karya terbitan produksi di Indonesia.

Zizan Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain