suria

Mabuk? Faizal Hussein Sedia Dikecam

Faizal bersedia menerima kecaman penonton kerana bawa watak 'kaki mabuk'. Foto: SAMUEL ONG / THE STAR

PELAKON Faizal Hussein bersedia menerima kecaman penonton kerana membawakan watak seorang pelumba kereta dan 'kaki mabuk' dalam filem KL Wangan.

Faizal, 49, berkata sebagai pelakon sudah menjadi tugasnya untuk mewarnakan watak diberi meskipun perlu menyelitkan eleman negatif dalam karakter tersebut.

"Saya dapat rasakan pasti ada yang akan mengecam karakter 'kaki mabuk' itu. Saya tak kisah kerana memang watak Yudi itu begitu.

"Apabila kita buat cerita sebegini lebih elok jika ditonjolkan perkara-perkara yang kita tak boleh tunjuk dalam karya biasa.

Sebagai pelakon, Faizal mewarnakan watak tersebut sebaiknya. Foto Instagram: faizalhusseinofficial

"Sebagai pelakon saya tambahkan watak ini dengan warna yang lebih menarik dan terapkan unsur-unsur tersebut," katanya kepada mStar Online.

Menerusi KL Wangan, Faizal membawakan watak sebagai Yudi iaitu seorang lelaki berusia lewat 40-an, gemar menyertai perlumbaan kereta dan ketagih minuman alkohol.

Filem ini turut dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Emily Lim, dan Kazuto San.

Sementara itu, Faizal berharap penonton tidak mudah terpengaruh dengan babak yang dilakonkan olehnya dalam filem tersebut.

Watak Yudi gemar menyertai lumba kereta dan ketagih minuman keras.

Malah, dia yakin masyarakat kini sudah bijak menilai dan menerima eleman negatif sedemikian sebagai tuntutan kerja.

"Saya yakin penonton sudah bijak menilai antara lakonan dan realiti.

"Apa disaksikan itu hanyalah babak dalam filem dan menjadi tugas kami sebagai pelakon untuk menghidupkan watak yang diberi," katanya.

Dalam pada itu, pengarah filem tersebut iaitu Pekin Ibrahim turut berkongsi pendapat yang sama.

Barisan pelakon filem KL Wangan.

Ujarnya, aksi yang dilakonkan itu boleh dijadikan penilaian oleh masyarakat supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

"Saya tak rasa ia beri impak buruk kepada masyarakat pun. Bukan filem yang akan beri pengaruh kepada penonton, banyak benda lain lagi.

"Ini cuma hiburan semata-mata. Apa yang boleh saya kata, Faizal bawa watak ini dengan begitu baik sekali," ujarnya.

Filem terbitan Centro Picture yang menelan belanja hampir RM5 juta ini sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Disember lalu.

Faizal Hussein, KL Wangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain