Apa Sudah Jadi Dengan Anda, Aqasha? - Hiburan | mStar

Apa Sudah Jadi Dengan Anda, Aqasha?

Persembahan Aqasha menerusi lagu That’s Why You Go Away gagal membawa penyanyi ini ke peringkat separuh akhir minggu depan. -foto Instagram @gegarvaganzaofficial

KUALA LUMPUR: Perjuangan penyanyi Aqasha di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berakhir apabila diumumkan tersingkir pada peringkat suku akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, Ahad.

Pada pertandingan minggu keenam itu, Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 34, mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan lagu That’s Why You Go Away nyanyian asal Michael Learns to Rock.

Penyingkiran itu sekaligus melayakkan Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura ke peringkat separuh akhir.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.

Ramli ketika mengulas mengenai persembahan Aqasha kelihatan kecewa dan hanya bertanya apa terjadi padanya.

“Apa sudah jadi dengan anda? Saya tidak boleh cakap apa-apa,” katanya ringkas.

Aqasha terpaksa berpuas hati apabila hanya mendapat markah sebanyak 43.8 peratus. -foto Instagram @gegarvaganzaofficial

GV4 minggu keenam menampilkan tema ‘Jangan Tak Tahu’.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, sementara  Tajul dan Wany Hasrita tampil sebagai artis jemputan.

GV4 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dalam perkembangan lain, Astro menerusi satu kenyataan memberitahu akan menawarkan pengalaman menonton GV4 peringkat separuh akhir dan akhir GV4 secara langsung dalam sudut tontonan VR360.

VR360 itu membolehkan penonton yang mempunyai gajet menyokong sistem ini merasai pengalaman menonton dengan lebih nyata dan jelas pada setiap situasi di pentas.

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza , Aqasha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Syura Alami Sakit Misteri, Turun 12 Kg

Lan Tolak Bedah Buasir Demi GV4

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel