suria

Tiada Siapa Bantu Syazwan Digam

Syazwan berharap pihak Seniman membantu selesaikan masalah dihadapinya sejak dua tahun lalu.

SELEPAS aktres Tiz Zaqyah melontarkan pandangannya berhubung fungsi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) secara terbuka di Instagram kini giliran Syazwan Zulkifly melakukan perkara sama.

Syazwan, 30, berkata, sehingga kini persatuan yang diterajui oleh Zed Zaidi itu tidak membantu menyelesaikan masalahnya digam sebuah stesen televisyen sejak dua tahun lalu.

Menurut pelakon drama Juvana ini, Seniman hanya memandang kes yang lebih popular berbanding masalah dihadapinya.

Syazwan Zulkifly Kesal Digam Sebuah Stesen TV

"Rasanya masalah saya ini keluar saja di blog dan surat khabar. Banyak sangat kes lain yang lagi penting atau popular kot kat Seniman itu dari kes saya untuk diselesaikan.

"Yelah kes seperti isteri kena baling handphone dengan suami lagi, kes artis saman artis lagi. Banyak, itu belum cerita kebajikan lagi," sindirnya di Instagram.

Syazwan turut memuat naik foto kad keahlian Seniman di Instagramnya berserta kapsyen dia perlu memperbaharui kad tersebut supaya kebajikan dan haknya sebagai pelakon diambil kira persatuan itu.

Syazwan meluahkan pendapat dan masalah yang dihadapinya sejak dua tahun lalu menerusi laman Instagramnya. 

"Nak tamat dah ni. Maksudnya kena renew (memperbaharui) la kan. Kejap lagi tak boleh kerja pula tak renew kad ni.

"Tak renew kang 'kebajikan' dan 'right' saya sebagai pelakon tak ambil tahu pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Syazwan juga meluahkan rasa kesal apabila dia sebagai artis Malaysia digam oleh stesen televisyen tersebut gara-gara artis luar.

Syazwan berharap selepas dua kali dia memperbaharui kad keahlian tersebut, pihak Seniman akan mengambil berat mengenai masalah dihadapinya.

"Bayangkan saya orang Malaysia, digam oleh stesen televisyen dari Malaysia kerana artis Singapura?

"Dah dua kali saya perbaharui keahlian Seniman saya manalah tahu mereka ambil tahu dan selesaikan," katanya.

Terdahulu Syazwan kesal apabila namanya ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan stesen televisyen gara-gara kontroversi bersama bekas kekasih yang juga pengacara Shenty Feliziana.

Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Seniman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain