suria

100 Selebriti Meriahkan 'KL Raya Fest 2017'

KL Raya Fest 2017 bakal diadakan selama 72 jam tanpa henti.

PETALING JAYA: Hampir 100 selebriti terkenal bakal memeriahkan temasya terbesar iaitu KL Raya Fest 2017 yang bakal berlangsung selama tiga hari tanpa henti pada 16 hingga 18 Jun ini.

Selebriti yang terlibat dipilih berdasarkan produk yang dijual selain jumlah pengikut mereka di laman sosial dalam memastikan hanya yang terbaik menyertai festival terbesar itu.

Pengasas Mood Republik, Kimi Iskandar Ismail.

Antara selebriti yang bakal memeriahkan acara itu adalah Superb is Superb by Zizan Razak, Oly Candy by Fattah Amin, Lerve Cosmetic by Fasha Sandha, Dara by Fathia Latiff, Izzuexclusive by Izzue Islam, Cakenis by Hanis Zalikha, Ma.Lead & Toujours Advance by Hairul Azreen dan Ziana Zain World by Ziana Zain.

Selebriti lain yang turut terlibat bagi menjual produk mereka adalah Maroon Parfum by Scha Alyahya, Bleu by Awal Ashaari, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin dan ramai lagi.

Mood Republik sebagai penganjur juga tidak ketinggalan mengundang dua selebriti terkenal Indonesia iaitu Datuk Rossa bersama produknya Rossa Perfume dan Randy Pangalila Secret Perfume by Bellessa.

KL Raya Fest 2017 yang turut menghimpunkan lebih daripada 900 jenama bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Pengasas Mood Republik, Kimi Iskandar Ismail berkata, menariknya penganjuran tahun ini, pengunjung berpeluang untuk memiliki sebuah kereta Mini Cooper apabila membeli belah dengan hanya serendah RM197 di dalam satu resit.

Selain itu, tradisi Mood Republik akan diteruskan lagi dengan kemeriahan hujan duit yang memperlihatkan RM50,000 wang tunai bakal menghujani lobi PWTC pada pembukaan festival untuk di rebut pengunjung.

Jenama mewah lain yang turut dihimpunkan pada acara itu termasuk Aidijuma, Jubah Souq, Sugarscarf, Shawl Publika,, D'Nars, Alfio Raldo, Naelofar Hijab, Furby and Sugar, Nur Sajat, Rayyan Haya, Fareeda, Zawara, Dato Aliff Syukri, Dato Seri Vida, Bokitta Hijab, Minaz dan Radiusite.

KL Raya Fest 2017

Artikel Berikut

Artikel Lain