suria

Setahun Hilang, Najwa Muncul Dengan 'Kamu'

Najwa Latif

HAMPIR setahun menyepi dari bidang nyanyian bagi memberi fokus terhadap pengajiannya, penyanyi Najwa Latif akhirnya muncul dengan karya terbaharunya berjudul Kamu.

Menurut Najwa, 22, lagu berkenaan mengisahkan tentang kepentingan sokongan daripada keluarga dan sahabat ketika berhadapan dengan masalah.

"Sebagai manusia biasa, saya terpanggil untuk menulis tentang kehidupan kekeluargaan dan pentingnya kasih sayang dan kehidupan berkeluarga terutamanya apabila seseorang itu menghadapi dugaan dalam kehidupan seharian mereka. 

Setiap ujian ada jalan penyelesaiannya, saya hanya mampu untuk membantu mereka dengan memberi perangsang melalui lagu ini," ujarnya.

Lirik lagu berkenaan ditulis oleh kakaknya sendiri iaitu Ika Latif. Kamu merupakan lagu ke 12 pasangan adik beradik ini berkolaborasi.

Tambah Najwa, dia mahu masyarakat sedar tentang kepentingan kasih sayang tanpa sebarang dikriminasi.

Selain itu, Najwa yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pengkhususan bahasa Inggeris di Universiti Antarabangsa Unitar berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak lama lagi.

Dia berharap, Kamu dapar mengubat kerinduan peminat-peminat yang lama menantikan lagu baharunya.

Najwa Latif

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain