suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi 'Yale Yale', M Ishak Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

PETALING JAYA: Penyanyi lagu “Yale Yale”  yang popular pada era 1960-an iaitu M Ishak meninggal dunia di republik itu kira-kira pukul 11.30 malam Khamis.

Berita kematian itu disahkan oleh anak sulungnya Mohd Nazaruddin atau Zack.

Zack berkata, ayahnya meninggal dunia di pusat perubatan Hospis Dover Park akibat kanser paru-paru.

M. Ishak atau nama sebenarnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed, 72, sebelum ini dirawat di Hospital Tan Tock Seng, Singapura sejak Februari lalu kerana penyakit berkenaan.

Jenazah dijadual akan dikebumikan sebelum solat Jumaat di Singapura.

M Ishak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain