suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mizz Nina Tak Halang Video Lamanya Ditonton

Mizz Nina
PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mengakui video muzik dan lagu-lagu lamanya masih lagi ditonton oleh peminat biarpun dia sudah meninggalkan bidang tersebut.

Mizz Nina, 37, berkata, dia tidak menghalang perkara itu berlaku, malah menganggap ia sebagai salah satu perjalanan kehidupannya yang tidak boleh dilupakan.

"Ya, masih ramai yang ulang tonton video dan lagu-lagu lama yang saya nyanyikan dahulu di internet laman sosial seperti Twitter dan YouTube.

"Saya tidak boleh menghalang mereka untuk berhenti menonton. Apa yang saya boleh lakukan ialah berfikiran positif tentang perkara itu. Lagi pula saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan yang lalu," ujarnya kepada mStar Online.

Mizz Nina kini aktif berdakwah.

Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini mengulas tentang lagu dan video muzik nyanyiannya masih lagi menjadi tontonan masyarakat biarpun beliau sudah memadam video-video berkenaan di laman YouTube miliknya selain mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang hiburan.

Tambah Mizz Nina, dalam pada masa yang sama perkara itu mendekatkan dia dengan mereka yang masih mengikuti perkembangannya biarpun dia sudah berhijrah.

"Saya yakin perkara itu dapat mendekatkan mereka pada saya dan secara tidak langsung akan terus mengikuti perkembangan saya sekarang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, berkata, dia kini aktif menjadikan platform laman sosialnya terutama Instagram sebagai salah satu cara menyampaikan dakwah.

Dia mengambil peluang itu, untuk menarik lebih ramai lagi pengikutnya di laman sosial yang mahu berubah mendekatkan diri kepada Islam.

"Tiada istilah terlambat dalam mengenal Allah dan Islam, saya sendiri akui belajar Alif, Ba, Ta pada usia 30 tahun dan Alhamdulilah kini semakin baik.

"Apa yang penting jangan malu untuk belajar dan tidak perlu ada rasa sudah terlambat untuk memulakan itu semua," ujarnya.

Mizz Nina

Artikel Lain