suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia

Isteri kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu. Foto Ihsan Instagram @jalaluddinhassan

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

Jalaluddin ketika dihubungi berkata, Hashimah, 64, menghembuskan nafas terakhirnya selepas berlaku komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.

"Pembedahan itu dilakukan bagi membuka saluran jantung tersumbat dan Alhamdulillah ia berjalan lancar sebelum berlaku komplikasi.

"Isteri juga menghidapi penyakit kencing manis selain masalah paru-paru dan doktor mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi," katanya.

Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.

Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.

Artikel Lain