Karier Semakin Malap, Asmidar Belum Menyerah Kalah - Hiburan | mStar

Karier Semakin Malap, Asmidar Belum Menyerah Kalah

Asmidar kini bergerak solo tanpa bernaung dibawah mana-mana syarikat rakaman.

PETALING JAYA: Penyanyi Asmidar tidak pernah menyerah kalah untuk terus mengukir nama dalam bidang nyanyian meskipun karier seninya semakin perlahan daripada sebarang publisiti.

Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad, 30, berkata, dia tetap meletakkan kepercayaan bahawa populariti akan hadir dengan sendirinya sekiranya dia terus berusaha bersandarkan kepada kesungguhan dan bakat nyanyian yang ada padanya.

"Memang nama saya kurang diperkatakan sejak kebelakangan ini namun ia tidak membuatkan saya untuk terus mengalah sebaliknya lebih bersemangat untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

"Saya percaya dengan kerja keras, kesungguhan, tawakal dan percaya dengan bakat, Insya-Allah suatu hari nanti kejayaan itu akan datang dengna sendirinya selagi saya tahu kekuatan diri dan bakat saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Asmidar berkata, dia kini lebih berdikari dalam menguruskan karier seninya sejak kontraknya bersama syarikat rakaman Warner Music berkahir pada pertengahan tahun lalu.

Jelasnya, walaupun ia memberi cabaran baharu kepadanya namun ia juga membuatkannya lebih berdikari selain mempelajari selok-belok tentang dunia seni.

"Sejak bergerak solo saya terpaksa berdikari melakukan semua perkara dan ia bukan semudah disangka namun ia satu proses pembelajaran untuk saya.

"Ini juga memberi peluang untuk saya mendekati media dan peminat secara terus dan sekaligus ia mengakrabkan lagi hubungan kami.

"Alhamdulillah rezeki mengadakan undangan nyanyian masih ada walaupun publisiti mengenai saya agak perlahan kebelakangan ini," ujarnya.

Asmidar sebelum ini merupakan Juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011 dan pernah popular menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang.

Asmidar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain