Isteri Izzue Islam Nafi Sudah Berbadan Dua - Hiburan | mStar

Isteri Izzue Islam Nafi Sudah Berbadan Dua

Izzue Islam dan Awin anggap pertanyaan tentang anak satu doa buat mereka.

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Izzue Islam, iaitu Awin menafikan dirinya sudah berbadan dua seperti diperkatakan oleh pengikut Instagram menerusi beberapa foto yang dimuat naik baru-baru ini.

Bagaimanapun, Awin atau nama sebenarnya, Nurinafilah Waharudin, 34, berkata, dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan-pertanyaan berkaitan cahaya mata dan menganggap ia sebagai doa buat mereka.

"Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun.

"Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan," ujarnya kepada mStar Online.

Awin berkata demikian kepada mStar Online ketika diminta mengulas beberapa fotonya bersama suami dalam satu majlis baru-baru ini yang mendapat perhatian pengikut laman sosial yang bertanyakan tentang kehamilan wanita itu.

Pasangan ini menjadi suami-isteri pada 2 Jun 2013 di Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, bertanya soal perancangan terhadap cahaya mata selepas hampir tiga tahun melayari alam rumah tangga, Awin berkata, dia menyerahkan soal tersebut kepada takdir.

Tambah Awin, setakat ini dia masih belum pernah mencuba sebarang rawatan termasuk In Vitro Fertilisation (IVF) sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

"Saya menyerahkan perkara itu kepada takdir dan rezeki sahaja, setakat ini belum ada lagi berusaha untuk menjalani rawatan-rawatan untuk hamil termasuk IVF.

"Insya-Allah kalau ada rezeki anak nanti saya akan beritahu kepada semua, apa yang penting terus doakan kami supaya diberi rezeki," ujarnya.

Izzue Islam

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain