suria

"Saya Tak Pakai Baju 'Ulang Tayang' Pernah Digayakan Sufi" - Radin

Pakaian yang digayakan Sufi (kiri) dan Radin pada dua anugerah berbeza menjadi persoalan ramai.

PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM, Radin menjelaskan baju yang dipakainya ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Pilihan Online (APO2016) di Angkasapuri pada malam Sabtu lalu bukanlah baju 'ulang tayang' iaitu pakaian yang pernah dipakai oleh artis lain seperti yang diperkatakan sesetangah pihak.

Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy, berkata, dia juga sudah menghubungi pereka fesyen tersebut iaitu Bono untuk mendapatkan kepastian tentang perkara berkenaan adakah butik tersebut menyediakan pakaian yang sama.

"Saya diberitahu oleh beberapa rakan bahawa baju saya malam itu sama seperti baju yang dipakai oleh Sufi untuk sebuah majlis anugerah juga, jadi saya tidak sedap hati dan hubungi pereka baju tersebut Bono untuk dapatkan kepastian.

Baju Sufi (dari kiri) Radin dan Aliff Syukri seakan-akan sama.

"Dia beritahu, baju yang saja pakai hanya digunakan untuk sebuah sesi fotografi sahaja dan dia tidak pernah memberi artis lain untuk digayakan termasuk Sufi.

"Katanya baju yang Sufi pakai juga sedikit berbeza rekaannya di mana di pergelangan tangan terdapat label," ujarnya kepada mStar Online.

Radin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pakaian yang digayakan pada malam kemuncak APO2016 kerana ia menjadi buah mulut orang apabila baju berkenaan dikatakan mempunyai persamaan dengan pakaian digayakan penyanyi Sufi.

Pada majlis berkenaan Radin memenangi trofi Anugerah Fesyen Glam Lelaki Terhebat dengan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM1,888 sumbangan usahawan jualan kereta mewah di Singapura iaitu Pengarah Doktor Kereta Pte Ltd, Ismail Yusof.

Selain Radin, pelakon Ayda Jebat turut hadiah yang sama kategori wanita.

Radin dan Ayda Jebat memenagi fesyen glam lelaki dan wanita terhebat yang melayakkan mereka menerima trofi dan wang tunai RM1,888 sumbangan syarikat Doktor Kereta.

Tambah Radin, warna dan metarial baju tersebut yang agak berlainan membuatkan ia lebih mudah diingati berbanding warna-warna biasa digayakan oleh selebriti lelaki.

"Baju itu warna biru dan sedikit bercorak membuatkan orang ramai perasan bila ada yang memakainya sama, cuba kalau ia warna hitam dan dipakai berkali-kali orang tidak tahu pun.

"Mungkin metarial ia menjadi trend untuk tahun ini sehingga membuatkan ia pilihan pereka fesyen.

"Bukan Sufi sahaja, malah pengasas D'Herbs pun pakai baju bercorak sama rekaan Jovian Mandagie," ujarnya.

Radin, Sufi

Artikel Lain