suria

Menang Pakaian Terbaik, 'Dr Kereta' Syak Ayda Jebat & Radin Bercinta

Dari kiri; Radin, Ismail dan Ayda Jebat pada malam kemuncak Anugerah Pilihan Online (APO2016) yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
PETALING JAYA: Penaja acara karpet ungu, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) iaitu pemilik syarikat Doktor Kereta dari Singapura mengesyaki penyampai Era FM, Radin dan aktres Ayda Jebat adalah pasangan bercinta sehingga membuatkan dia memutuskan mereka layak memenangi pakaian terbaik pada majlis itu.

Ismail Yusof berkata, semasa menilai imej-imej artis bersama juri yang melalui karpet ungu sebelum siaran langsung bermula, dia melihat Radin dan Ayda tampil dengan imej anggun mengenakan pakaian warna sedondon.

“Saya tertarik dengan kemunculan Ayda dan Radin sehingga membuatkan saya memutuskan mereka layak diberii anugerah sebagai personaliti paling menarik di karpet ungu,” katanya keapda mStar Online.

Pada APO2016 yang berlangsung di Angkasapuri pada Sabtu lalu, Ayda dan Radin masing-masing dipilih memenangi fesyen glam lelaki dan wanita terhebat pada acara karpet ungu.

Kemenangan itu membolehkan mereka menarima wang tunai RM1,888 setiap seorang beserta trofi sumbangan mStar Online daripada syarikat Doktor Kereta.

Angka 8 pada nilai wang berkenaan adalah sebagai simbolik yang bermakna ‘tuah’ bagi kepercayaan orang Cina.

mStar Default Image
Pasangan ini memenangi hadiah wang tunai RM1,888 sumbangan Doktor Kereta dan trofi.
Kata Ismail, Ayda dan Radin tampil dengan imej yang tidak berlebih-lebihan dan mereka dilihat seperti pasangan kekasih sesuai dengan bentuk badan masing-masing.

“Pemilihan mereka bukan sekadar kepada fesyen glam yang ditampilkan sebaliknya mereka kelihatan sepadan.

"Saya mulanya sudah mengjangkakan mereka mungkin pasangan bercinta dan selepas membaca laporan kemudiannya, barulah saya faham mengapa mereka muncul sedondon," ujar Ismail.

Dalam pada itu Ismail berkata, pertama kali dia bertemu dengan Ayda pada Anugerah Meletop lalu dan menyukai sikap wanita itu yang mudah bergaul selain menghormati orang sekeliling.

Namun pertama kali bertemu Radin pada APO2016, Ismail memberitahu, pemuda itu juga seorang yang sopan dan bersesuaian jika benar mereka bercinta.

Ditanya mengenai penganjuan APO2016 Ismail berkata, pihaknya berpuas hati terhadap acara itu kerana pengumuman pemenang adalah di luar jangkaan.

“Syabas buat mStar dan Suria FM atas kejayaan acara ini dan tahun-tahun berikutnya mungkin boleh mengiktiraf  artis-artis lain dari Singapura dan Indonesia pula,” katanya.

Facebook Doktor Kereta boleh diikuti menerusi https://www.facebook.com/doktorkereta/

Radin, Ayda Jebat, Doktor Kereta

Artikel Lain