Aktor Tony Eusoff Miliki Ganja Di Singapura - Hiburan | mStar

Aktor Tony Eusoff Miliki Ganja Di Singapura

Tony Eusoff

PETALING JAYA: Pelakon Tony Eusoff dihadapkan ke sebuah mahkamah di Singapura pada Khamis selepas dipercayai memiliki dadah.

Berita Harian Singapura versi dalam taliannya pada Jumaat melaporkan, pelakon itu yang nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah.

Portal itu dalam laporannya turut menyebut Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Pelakon kelahiran Sarawak itu dikatakan berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam P. Ramlee The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya dekat sini dan juga memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Saloma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali.

Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini. – SUMBER: http://www.beritaharian.sg/ 

Tony Eusoff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain