suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angah (Raja Lawak) Akhiri Status Duda Dengan Sekali Lafaz

Angah (kiri) akhirnya bergelar suami kepada Amina Asyura. FOTO: Instagram Angah

PETALING JAYA: Pelawak yang dicungkil bakathya dalam program Raja Lawak iaitu Angah akhirnya bergelar suami kepada Amina Asyura Abdul Razak pada pagi Jumaat selepas 9 tahun menduda.

Majlis akad nikah pasangan itu telah disempurnakan oleh Imam Masjid Ar Rahman, Kampung Tun Razak, Melaka iaitu Mohamad Suhaimi Kassim di rumah pengantin perempuan di Melaka Perdana Resort Homes.

Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran RM15,000 manakala rantai emas pula dijadikan sebagai mas kahwin.

Enam dulang hantaran diberikan pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 38, sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Amina Asyura, 20, pula merupakan seorang pelajar.

Angah Raja Lawak

Artikel Sebelum

Artikel Lain