Populariti Bukan Tiket Ezad Lazim Menyerlah Dalam MLM 2016 - Hiburan | mStar

Populariti Bukan Tiket Ezad Lazim Menyerlah Dalam MLM 2016

Ezad Lazim bakal bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega 2016.

PETALING JAYA: Penyanyi Ezad Lazim tidak melihat tempias populariti menerusi program Gegar Vaganza 2 akan memberi jalan mudah kepadanya untuk menyerlah di pentas Maharaja Lawak Mega 2016.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 37, sebaliknya berkata, dia perlu berusaha keras bagi memastikan kemunculannya dalam program tersebut bukan hanya bersandarkan kepada populariti tetapi kebolehannya membuat penonton ketawa.

"Tiada kelebihan langsung kerana jika lawak yang saya tampilkan hambar populariti itu tidak akan membantu saya.

"Apa yang paling penting sekarang adalah saya perlu berusaha dan merangka strategi bersama ahli kumpulan lain dalam menghasilkan persembahan berkualiti pada MLM 2016," katanya kepada mStar Online.

Ezad bergabung dengan dua pelawak lain iaitu Wan Azrul Azizan (Ajo) dan Abu Musarrif Abu Bakar (Abu) menerusi kumpulan Bos.

MLM 2016 bakal menemui penonton bermula 29 Januari ini setiap hari Jumaat, pukul 10 malam.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Ezad berkata, dia mengambil keputusan untuk memasuki pertandingan berkenaan kerana minatnya terhadap bidang komedi.

Malah dedah Ezad, pada tahun lalu dia pernah mencuba nasib sebagai peserta menerusi kumpulan Token namun hanya bertahan sehingga peringkat 'hot seat'.

"Saya memang minat bidang komedi kerana dahulu ketika aktif berlakon pun memang saya banyak memegang watak komedi seperti dalam filem Mami Jarum.

"Tahun lalu saya ada mencuba masuk MLM namun gagal dan tahun ini saya cuba sekali lagi dan tidak sangka terpilih sebagai 15 peserta yang bakal bertanding," katanya.

Sementara itu, Ezad berkata, seperti mana kebanyakan peserta lain dia juga tidak terkecuali berasa gementar untuk berada di pentas MLM 2016 kerana bimbang lawak ditampilkan gagal menarik perhatian penonton.

Bagaimanapun kata Ezad, dia ingin mencabar kebolehan dirinya sebagai pelawak dan tidak hanya mahu terhad sebagai penyanyi.

"Ini adalah peluang saya untuk cabar diri sendiri dalam bidang komedi yang saya minati selama ini.

"Ia bukan mudah tetapi saya tetap akan cuba dan berharap dapat menarik perhatian penonton," katanya.

Ezad Lazim , MLM 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain