Pelakon Sharifah Haslinda & Reezal Merican Bakal Bercerai - Hiburan | mStar

Pelakon Sharifah Haslinda & Reezal Merican Bakal Bercerai

Sharifah Haslinda. Foto UTUSAN
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.

Sebutan perceraian itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi dekat sini kira-kira  pukul 3 petang Isnin.

Reezal Merican Naina Merican

Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam pada itu Haslinda yang dihubungi mStar Online bagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes itu.

"Tak ada apa-apa kes pun. Okeylah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya.

Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Lakonan terbaharu Sharifah boleh ditonton menerusi drama Dhia Sofia di TV3 setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam.

Sharifah Haslinda

Artikel Sebelum

Sharnaaz Ahmad Intai Peluang Ke Hollywood

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain