Aisyah Aziz Diminta Tukar Warna Rambut Ke Konsert Di Pedalaman - Hiburan | mStar

Aisyah Aziz Diminta Tukar Warna Rambut Ke Konsert Di Pedalaman

Aisyah warnakan rambut untuk tampil imej berbeza.

PETALING JAYA: Penyanyi Aisyah Aziz memberitahu terdapat pihak yang memintanya untuk menukar warna rambut jika ingin terbabit dalam sebuah konsert jelajah.

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 21, berkata, pihak itu memberitahu bahawa warna perang yang digayakannya tidak sesuai untuk persembahan nyanyian di segelintir kawasan pendalaman.

"Ya, ada penganjur yang minta saya hitamkan semula rambut untuk sertai konsert jelajah, mereka kata warna rambut saya sekarang ini tidak sesuai dengan kawasan tersebut.

"Saya baharu sahaja warnakan rambut ini tiga bulan lalu, tengoklah nanti sama ada mahu hitamkan atau akan menggunakan topi sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Aisyah menjelaskan, dia mewarnakan rambut perang bukan kerana mempunyai komitmen terhadap sesuatu produk atau drama, sebaliknya bagi memberi kelainan terhadap penampilan imej semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia kini sedang menjinak-jinakkan diri dalam bidang pementasan teater di negara asalnya Singapura.



Aisyah tercalon empat kategori di APM 2015

Dia juga baharu sahaja selesai dengan teater Great World Cabaret  dan Nanyang: The Musical yang memerlukan dia memberi komitmen lebih tiga bulan di negara tersebut.

"Alhamdulillah, walaupun saya melangkah sebagai penyanyi di Malaysia, namun kini masyarakat Singapura juga sudah menerima saya.

"Saya juga ada terlibat untuk teater di sana dan memerlukan saya tinggal di negara kelahiran saya buat seketika untuk latihan. Ketika itu juga saya hanya ambil tawaran persembahan di sana sahaja," ujarnya.

Tambah Aisyah, latihan persembahan teater sedikit sebanyak mampu membantu memberi keyakinan dirinya terhadap persembahan nyanyian di pentas.

Sementara itu, Aisyah yang dicalonkan dalam empat kategori di Anugerah Planet Muzik 2005 (APM 2015) menganggap ia sebagai rezeki pendatang baharu untuk bersaing dalam industri muzik serantau.

Dia juga tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk memenangi kategori tersebut sebaliknya bersyukur tersenarai dalam pencaonan akhir berkenaan.

"Saya sangat bersyukur kerana tersenarai dalam TOP 5 bagi kategori Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu).

"Saya tidak harap untuk menang kerana saingan semua hebat-hebat dan mereka mempunyai pengalaman lebih lama dalam industri berbanding saya," ujarnya.

APM 2015 bakal berlangsung pada 9 Oktober depan di Suntec Singapura dan disiarkan secara langsung di saluran Suria (Singapura), Astro Ria (Malaysia & Brunei) dan Net (Indonesia).

Aisyah Aziz , APM 2015

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain