suria

"Saya Bukan Lembu Dicucuk Hidung" - Zain Saidin

Zain (kiri) dan Che Ta sudah lali dengan gosip yang diperkatakan terhadap mereka.
KUALA LUMPUR: Pelakon Zain Saidin menyangkal dawaan sesetengah pihak mengatakan dia seperti lembu dicucuk hidung kerana terlalu mengikut cakap isterinya iaitu pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 31, berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali kerana sebagai seorang suami, Che Ta harus mendengar cakapnya.

"Perkara itu terjadi disebabkan mereka melihat Che Ta lebih berumur berbanding saya dan disebabkan percakapannya yang lantang mungkin orang nampak dia lebih macam mengarah saya.

"Sebenarnya banyak Che Ta dengar cakap saya kerana saya adalah suaminya," kata Zain kepada mStar Online.

Zain berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran Oh My English! Class of 2015 di Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Zain (tiga dari kiri) berimej baru dalam Oh My English! Class of 2015  yang bakal bersiaran pada 7 Jun depan.

Tambah Zain, dia cuma mendengar cakap Che Ta dari segi penampilan diri untuk berfesyen kerana menggangap isterinya lebih memahami bidang berkenaan.

"Che Ta lebih tahu semua perkara mengenai fesyen. Saya cuma tahu mengenai fesyen street wear tetapi dia lebih kepada fesyen designer.

"Jadi tidak salah saya mengikutnya dari segi fesyen untuk mengubah penampilan supaya lebih mengikut kepada gaya fesyen yang terkini," katanya.

Dalam pada itu, Zain menjelaskan dia tidak kisah dengan dakwaan yang dilemparkan kerana ia merupakan perkara biasa yang harus ditempuhi sebagai selebriti yang menjadi perhatian umum.

Zain juga sudah lali dengan kritikan yang disebarkan melalui media sosial sehingga orang ramai mudah untuk membuat fitnah tanpa bukti yang sahih.

"Kebanyakan mereka yang membuat fitnah ini menyorok di sebalik penggunaan media sosial sahaja kerana kalau mereka betul-betul berani untuk sampaikan sendiri kepada saya, jumpa la untuk cakap terus terang kerana saya tidak kisah.

"Bagi saya media sosial memudahkan orang untuk bercakap apa sahaja tanpa bukti yang sahih jadi biar la perkara ini berlalu kerana lambat laun mereka akan diam juga," jelasnya.

Sementara itu mengenai Oh My English! Class of 2015 penonton akan disajikan dengan kejutan yang besar apabila Mr. Hendy Middleton telah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak dikenali.

Selain itu, banyak wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing antaranya penampilan Jualiana Evans, Cha-Cha Maembong, Azzam Sham, Afeeq Emir, Syamiem Elnisa dan Nazrief Nazri.

Rancangan ini akan disiarkan bermula 7 Jun depan menerusi menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada Ahad pada pukul 6.30 petang.
Zain Saidin, Rozita Che Wan, Che Ta

Artikel Lain