Pergerakan Maria Farida Dikawal Anak Lelaki - Hiburan | mStar

Pergerakan Maria Farida Dikawal Anak Lelaki

Maria memberitahu anaknya, Mizan Ashley adalah 'bodyguardnya'.

PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida tidak berasa terkongkong apabila anak lelakinya, Mizan Ashley, 17, sentiasa mengawasi pergerakan dan menemaninya ke acara hiburan yang dihadiri.

Maria, 44, berkata, tindakan Mizan itu semata-mata ingin melindunginya sebagai seorang ibu selain berasa bangga dengan tindakan itu.

"Dari dahulu lagi Mizan memang bersikap protective dan ia semakin menyerlah apabila dia sudah dewasa. Saya tidak berasa tertanggu dengan sikapnya itu kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk melindungi saya sebagai seorang ibu.

"Malah kadang-kadang kalau saya lambat balik dari penggambaran dia akan menelefon dan menunggu sehingga saya pulang," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Maria berkata, sikap anaknya itu yang terlalu melindunginya bukan penyebab dia masih solo biarpun sudah 10 tahun hidup menjanda.


Maria mengakui dia kini masih solo.

Sebaliknya kata Maria, perkara itu adalah pilihannya sendiri tambahan pula dia masih belum berjumpa dengan lelaki sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

"Setakat ini saya masih solo dan tidak bertemu dengan mana-mana lelaki. Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama anak saya selain memberi fokus kepada kerjaya lakonan," jelasnya. 

Bagaimanapun kata Maria, sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya mereka perlu bijak mengambil hati anak kesayangannya itu terlebih dahulu.

"Mizan bukan seorang yang mudah mempercayai orang dan jika ada lelaki yang ingin berkawan dengan saya orang itu mesti memenangi hati anak saya kerana pendapatnya sangat penting.

"Saya tidak akan membelakanginya dalam soal tersebut kerana dia paling penting dalam hidup saya," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Maria berkata, dia akan kembali sibuk di lokasi penggambaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi beberapa projek drama.
Maria Farida , Mizan Ashley.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Misha Omar Cipta Lagu Istimewa Buat Suami

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain