Lagu-Lagu Melankolik Hidupkan 'Konsert Stanza Cinta' - Hiburan | mStar

Lagu-Lagu Melankolik Hidupkan 'Konsert Stanza Cinta'

adira
Adira menyanyikan lagu Dewi Cinta, Lara Lagi dan Aku Ada Kamu. Foto SHAARI CHE MAT.
KUALA LUMPUR: Konsert Stanza Cinta berjaya menghiburkan penonton dengan alunan lagu-lagu melankolik dendangan beberapa artis popular seperti Amy (Search), Adira, Jaclyn Victor, Noh Salleh dan Haziq yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada malam Khamis.

Konsert yang berdurasi hampir dua jam ini dibuka dengan segmen pertama lagu Ombak Rindu daripada Adira, Seraut Wajah (Haziq), In Love With You (Noh Salleh) dan Cinta Tiada Akhirnya (Jaclyn Victor).

Kemudian diikuti dengan segmen lagu popular yang dimulakan oleh Adira dengan lagu Dewi Cinta, Lara Lagi dan Aku Ada Kamu. Adira yang tampil berbaju putih diiringi Koir Nada Utama.

Nyanyian diteruskan dengan persembahan bertenaga daripada Haziq bersama nyanyian lagu irama Melayu berjudul Juwita Ku Sayang.

Kemantapan vokal Jaclyn pada malam itu cukup bertenaga.

Konsert kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer.

Ia diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 universiti tersebut dan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu 4 dab 5 April ini.

Bagi segmen kedua pula, Noh tampil dengan menyanyikan lagu-lagu popular daripada kumpulan Hujan iaitu Kotak Hati, Bila Aku Sudah Tiada dan Angin Kencang.

Noh turut menyampaikan beberapa lagu popularnya bersama kumpulan Hujan.

Sementara Jaclyn Victor menyampaikan lagu Bersama Kamu, I Will Always Love You dan Jagalah Diri.

Kemuncak bagi konsert yang bertemakan cinta ini menampilkan penyanyi rock popular, Amy Search dengan tiga buah lagu popularnya iaitu Isabella, Gadis Ku dan Tiada Lagi.

Persembahan ditutup dengan gabungan lagu medley Cinta Di Akhir Garisan dan Raikan Cinta daripada semua artis terrlibat.

Konsert Stanza Cinta , Istana Budaya

Artikel Sebelum

Kuah Jenhan Pelawak 'Bersih'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain