suria

Leonardo Elak Terlibat Dengan Dadah

AKTOR kacak Leonardo Dicarprio kini sibuk di lokasi filem The Wolf of Wall Stree dengan memegang watak sebagai penagih dadah.

Namun, menerusi laporan Showbizspy, Leonardo berkata, sehingga kini dia belum pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah walaupun sering dikelilingi rakan-rakan yang mengambil barang terlarang itu.

"Sejak kecil lagi, saya biasa melihat orang mengambil dadah, di mana-mana sahaja.

"Memang terlalu banyak godaan kerana rakan-rakan sering mengajak untuk merasa 'nikmat' dadah itu tetapi saya cuba elak," katanya.

Tambah Leonardo, seorang pengarah bernama Martin Scorsese telah mengajarnya mengenai dunia glamor di mana perkara-perkara buruk seperti alkohol dan dadah boleh dielak tanpa perlu mengikut 'trend' rakan-rakan artis yang terlibat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain