suria

SM*SH Belum Layak Menjadi Idola Peminat

SM*SH mempunyai pengikut seramai 6.7 juta di laman Twitter.
SM*SH mempunyai pengikut seramai 6.7 juta di laman Twitter.

PETALING JAYA: Kumpulan SM*SH tidak pernah merasakan layak untuk dijadikan idola kepada para peminat mereka kerana masih banyak perkara perlu diperbaiki tentang diri mereka.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Rafael berkata, mereka lebih senang jika dilihat sebagai sumber inspirasi kepada peminat yang ingin berjaya dalam sesuatu bidang.

"Kami belum layak untuk menjadi idola kepada sesiapa kerana masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki namun tetapi sekiranya ada peminat menjadikan kami inspirasi mereka untuk berjaya itu adalah perkara yang baik," katanya kepada mStar Online.

SM*SH baharu sahaja melancarkan album terbaharu mereka berjudul Step Forward yang memuatkan 15 buah lagu yang turut menampilkan lagu duet mereka dengan penyanyi Stacy berjudul Hello.

Dalam pada itu, Rafael berkata, dia tidak menafikan kemunculan mereka sebelum ini mendapat kritikan negatif para peminat muzik Indonesia kerana dikatakan tidak berbangga dengan produk negara sendiri apabila tampil dengan muzik k-pop.

Bagaimanapun semua pandangan negatif tersebut mereka ambil sebagai peringatan berguna untuk terus memperbaiki diri dan bersyukur berkat kesabaran, mereka telah mula diterima oleh peminat di Indonesia dan Malaysia.

"Kritikan terhadap kami membuatkan kami lebih bersemangat untuk maju ke hadapan dan syukur kerana yang membenci kami kini telah mula meminati kami," katanya.

Buktinya, pengikut kumpulan itu dilaman sosial Twitter seramai 6.7 juta dan mereka baharu sahaja dinobatkan sebagai Artis Asia Terbaik di Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) 2013 yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasi mereka dengan Stacy, Rafael berkata, duet mereka adalah satu peluang cukup baik untuk dikenali di Malaysia dan sebaliknya.

Malah kata Rafael, Hello turut menduduki carta teratas di radio Indonesia dan diterima baik oleh semua peminat mereka di sana.

"Kolaborasi ini adalah satu kerjasama yang cukup bagus untuk artis kedua-dua negara dan berharap kami dapat berduet dengan Stacy lagi dan artis-artis lain di Malaysia," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain