M.Nasir menang anugerah komposer dengan pendapatan terbanyak di malam mesra MACP 2013 -foto SHAARI CHE MAT/The StarPETALING JAYA: Komposer terkenal Datuk M. Nasir terus mengungguli Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2013 apabila memenangi dua anugerah pada majlis yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara di sini, malam Ahad.M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed menerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-14. Selain itu, syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.M.Nasir ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan tersebut selain berharap pihak MACP terus berusaha untuk membantu penggiat seni sepertinya dalam soal royalti."Jika tiada MACP mungkin royalti kami tidak dapat dikutip dan peranan mereka sangat penting dalam membela nasib kami," ujarnya.Presiden MACP, Habsah Hassan pula menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak untuk tahun ini.Anugerah tersebut sebelum ini diungguli oleh Allahyarham Rosli Khamis (Loloq).Dalam pada itu, anugerah Nadi Cipta dimenangi oleh komposer terkenal Johan Nawawi.Johan dipilih memenangi anugerah tersebut atas sumbangannya terhadap industri muzik selama 20 tahun.Antara artis yang pernah bekerjasama dengannya termasuk Nora, Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar.Sementara itu, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan dipilih sebagai penerima anugerah Komposer Muda Berpotensi.Manakala anugerah Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dimenangi oleh EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd.Sementara itu, komposer dan penyanyi rap, Malique menerima anugerah Persembahan Lagu Melayu Terbanyak menerusi lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan oleh Kaka dan Zizan.Bagi kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi dimenangi oleh Michael Wong menerusi lagu ciptaannya berjudul Tong Hua.Setiap pemenang membawa pulang hadiah berbentuk sebuah trofi.Majlis yang diacarakan oleh AG itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan.Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah MACP 2013 :1. Anugerah Nadi Cipta : Adnan Abu Hassan2. Komposer Muda Berpotensi : Aizat Amdan3. Persembahan Lagu Tamil TerbanyakLagu: Mazhaiye Van MazhaiyePenyanyi : Vilaiyaatu PasangeKomposer & Penulis Lirik : Saravanakumar Vengedasalam.4. Persembahan Lagu Cina TerbanyakLagu: Jian AoPenyanyi : Jess Leekomposer & Penulis Lirik : Yow Shann Giang, Xu Shi Zhen, Wu Hu Fu dan Fu Cong Li.5. Persembahan Lagu Melayu TerbanyakLagu : Bawaku PergiPenyanyi : Zizan Razak & KakaKomposer & Penulis Lirik : Malique6. Persembahan Lagu Luar Negara TerbanyakLagu : Fantastic BabyPenyanyi : Big BangKomposer & Penulis Lirik : G-Dragon, Te Di dan TOP7. Pendapatan Luar Negara TertinggiLagu : Tong HuaPenyanyi : Michael WongKomposer & Penulis Lirik : Michael Wong8. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak :Luncai Emas Sdn BhdPenerbit Dengan Pendapatan Terbanyak:EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd9. Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak :Habsah Hassan10. Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak :Mohd Nasir Mohamed