suria

Lindsay Lohan Bercinta Dengan Lelaki Muda

Lindsay dan Liam sudah menjalinkan hubungan beberapa minggu lalu.
Lindsay dan Liam sudah menjalinkan hubungan beberapa minggu lalu.
Lindsay dan Liam sudah menjalinkan hubungan beberapa minggu lalu.

SEJAK kehidupan Lindsay Lohan, 27, semakin terurus tanpa ketagihan alkohol, aktres itu dilihat memulakan 'babak' baharu dalam hidupnya menjalinkan hubungan cinta dengan model Liam Dean yang baru berusia 19 tahun.

Menurut laporan radaronline, pasangan itu dilihat sedang bermesra di sebuah restoran di New York dan di fahamkan mereka sudahpun bercinta sejak beberapa minggu lalu.

"Mereka bukan sekadar makan malam, tetapi juga telah ke sebuah parti tertutup. Walaupun masih baharu, Lindsay benar-benar gembira dengan perhubungan itu," kata sumber.

Ini bukan pertama kali Lindsay keluar dengan jejaka berusia 19 tahun kerana sebelum ini pelakon tersebut juga pernah bersama lelaki muda.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Lindsay menafikan berita tersebut dan bertegas tiada hubungan istimewa yang berlaku antara Lindsay dan Liam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain