suria

Justin Timberlake Pilih Tinggal Di Hotel Bajet

Justin Timberlake.
Justin Timberlake.
Justin Timberlake.

PENYANYI Justin Timberlake memilih untuk tinggal di sebuah hotel bajet berbanding hotel mewah selepas selesai membuat persembahan di London baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan, Timberlake hanya membayar $95 pound (RM460) untuk bilik di hotel berkenaan yang turut diduduki oleh beberapa rakannya.

"Kami cukup seronok dapat tinggal di motel tersebut dan tiada siapa yang merungut.

"Tambahan pula kami pada keesokan harinya kami telah berangkat pulang ke Amerika. Jadi mengapa perlu membazir," kata salah seorang teman rapat Timberlake.

Pada persembahan di Festival Wireless itu penyanyi Rihanna dan Jay Z turut bersama-sama Timberlake menjayakan konsert berkenaan.

Artikel Sebelum

Noniswara Sah Bercerai

Artikel Berikut

Artikel Lain