Rozita Che Wan Sangkal Bersikap 'Queen Control' - Hiburan | mStar

Rozita Che Wan Sangkal Bersikap 'Queen Control'

Rozita memberitahu dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.
Rozita memberitahu dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menepis dakwaan kononnya dia bersikap 'queen control' terhadap kekasihnya Zain Saidin apabila dikatakan sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, gosip tersebut adalah karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.

"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Rozita mengulas mengenai dakwaan dia kononnya dia merajuk dengan kekasihnya itu yang tidak membalas panggilan telefon dan SMS ekoran sibuk dengan aktiviti lakonan.

Dalam perkembangan sama, Rozita berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip tentang mereka tersebar dan enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh.

Dia juga tidak pasti sama ada cerita itu sengaja disebarkan untuk memburukkannya atau ada pihak yang cemburu melihat hubungannya dengan Zain, 29.

"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," jelasnya ringkas.

Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak akan berehat sepanjang bulan Ramadan nanti kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Rumah Kedai selain beberapa projek lain sebelum bercuti berhari raya.

"Walaupun akan sibuk bulan puasa ini tetapi Alhamdulillah itu semua rezeki untuk saya dan keluarga malah saya hanya akan bercuti sekejap sahaja pada hari raya nanti," katanya.

Artikel Sebelum

Rihanna Sudah Lupakan Chris Brown

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain