suria

Steven Tyler Jalani Pembedahan Tulang Lutut Rapuh

Steven Tyler
Steven Tyler
Steven Tyler

USIA Steven Tyler yang semakin meningkat membuatkan penyanyi rock itu mula mengalami kerapuhan tulang pada lututnya.

Menurut laporan DigitalSpy, kerana lututnya semakin sukar untuk melakukan pergerakan, Steven terpaksa menjalani pembedahan pada November depan.

"Lutut saya sudah ‘pencen’ dan saya perlu menjalani pembedahan rekonstruksi lutut saya ini," katanya.

Tyler turut menambah, walaupun mempunyai masalah sakit tulang kaki, dia masih lagi mampu berdiri dan berjalan seperti biasa.

"Saya bersyukur kerana masih lagi boleh berjalan seperti biasa, cuma ada masanya ia teramat sakit dan saya tak mahu membiarkannya menjadi lebih teruk.

"Jadi menjalani pembedahan adalah yang terbaik. Mungkin dalam tiga atau empat bulan selepas itu saya akan sembuh sepenuhnya. Lebih baik kita mencegah dan merawat daripada terpaksa merana seumur hidup," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain